Petikkan dari Berita Ehwal Semasa RTM Sabah

Berita Wilayah Saluran TV 1
Bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah Tuan Jame Alip, Tim Pengarah Puan. Hjh Maimunah dan Pegawai Pelajaran Dearah Kota Kinabalu Tuan Hj Bad Hamid

10/9/2013,

UPSR Di 7 Buah Sekolah Yang Dilanda Banjir Berjalan Lancar

Proses menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di beberapa buah sekolah sekitar Kota Kinabalu, termasuk sekolah yang dilanda banjir pada Ahad lepas, berjalan lancar.

Pengarah Pendidikan Negeri, Jame Alip yang melawat sekolah yang dilanda banjir berkata, 7 buah sekolah yang terjejas, iaitu Sk Rampayan dan SRK Lok Yuk, di Menggatal, Sk Saint Catherine, Inanam, Sk Malawa, Kota Kinabalu, Sk Sugud dan Sk Kibabaig di Penampang.
Manakala, sebuah sekolah menengah iaitu SMK Limbanak, Penampang yang ditutup semalam, hari ini dibuka semula untuk sesi persekolahan.
Beliau ditemui pemberita ketika melawat Sk Rampayan di Menggatal, sekolah yang terjejas teruk akibat banjir.
Mengenai sekolah Sk Rampayan, Jame Alip meminta, Unit Pembangunan Jabatan Pendidikan negeri mengadakan mesyuarat khas bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah serta wakil rakyat bagi mencari penyelesaian terutama tapak lain untuk sekolah berkenaan.
Langkah tersebut perlu memandangkan sekolah terbabit terletak di pinggir bandar dan kerap dilanda banjir apabila hujan lebat.
Mengulas tentang Pelan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025, beliau menaruh harapan penuh agar jurang pendidikan di bandar dan luar bandar antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dapat diatasi.

Lawatan kali Ke-2 Pengarah Pelajaran Sabah ke Sk Rampayan Menggatal

Tarikh : 10.09.2013 ( Selasa)
Sekali lagi Sk Rampayan Menggatal telah dikunjungi oleh Pengarah Pelajaran Sabah Tuan Jame Alip, Timbalan Pengarah Pn. Hjh Maimunah Suhaibul & Pegawai PPD KK Hj. Bad Hamid bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPN Sabah) berserta krew-krew Radio Televisyen Malaysia  ( RTM) cawangan Sabah.

 Dari kiri Pn NorHizah K (Guru Besar SKRM), Tuan Jame Alip (Pengarah JPNS), Tuan Bad Amit (PPD KK) dan Pn. Hjh Maimunah Suhaibul ( Tim, Pengarah JPNS)

 Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Mohammad Yassir
Bergambar kenangan bersama guru-guru SKRM bersama Pengarah JPNS, Tim, Pengarah JPNS dan Pegawai Pelajaran Daerah KK
 
Pelajar-pelajar tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR bersalaman dengan Pengarah JPNS berserta pegawai-pegawai yang lain sebelum peperiksaan bermula.


 Tuan Pengarah JPNS dan Guru Besar SKRM ditemuramah oleh krew RTM

Berita Wilayah Jam 5.00 petang tadi (10.9.2013) di saluran TV1

Temuramah bersama Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Tn Jame Alip dan Guru Besar SK Rampayan Menggatal Kota Kinabalu..Pn Norhizah Kamai.

Sumber : FB Pn Sitah Jinin , En Md Gani dan Salleh Mamun

Lawatan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Ke Sk Rampayan Menggatal

Tarikh : 09.09.2013
Lawatan Pengarah Pelajaran JPN Sabah Tuan Jame Alip  bersama Tuan Tn Hj Bad Hamid (PPD KK),KS Penilaian&Peperiksaan,KS Pembangunan Kemanusian meninjau keadaan sekolah selepas banjir. 
  
  
  
  
 
Guru besar ,Pn Norhizah k bersama PPD Kota Kinabalu, Tn Hj Bad Hamid yang datang melihat keadaan sekolah d bilik peperiksaan yang di landa banjir

Pengarah JPNS Tuan Jame Alip memberi tips untuk menduduki peperiksaan kepada pelajar-pelajar tahun 6
 
 
 antara tips yang di catat oleh seorang pelajar


Sk Rampayan Menggatal dilanda Banjir lagi….

Hujan yang lebat tanpa henti-hanti pada ahad yang lepas menyebabkan sekali lagi sk rampayan di landa banjir.
Semasa banjir (08.09.2013-Ahad)
 Muka depan sekolah
Belakang Bangunan Sekolah Pra Sekolah
Belakang bangunan Blok C
  
Bangunan Blok C dan D

 Selepas banjir (09.09.2013- Isnin)

 dalam tandas sekolah
 tapak perhimpunan sekolah

 dalam kelas

Sumber :FB Sitah Jinin dan Rakan-rakan FB Sk Rampayan

Solat Hajat untuk Pelajar UPSR bersama Ibu Bapa 2013

Tarikh : 06.09.2013 (Jumaat)
Tempat Solat Hajat : Masjid An-Nur Kg Rampayan

Sk Rampayan Menggatal sekali lagi tahun ini telah menganjurkan Majlis Solat Hajat UPSR 2013 bersama-sama ibu bapa mereka  yang bertempat di Masjid An Nur Kg Rampayan. Solat ini diadakan selepas sembahayang Jumaat.

Selesai majlis tersebut, ibu bapa di pelawa menjemu selera bersama guru-guru di bilik Gerakan SKRM.

Sumber : FB Pn Sitah Jinin