
Bomba dan Penyelamat berjaya selamatkan Masjid dari musnah dalam kebakaran…
Menurut Ketua Zon Kota Kinabalu, Haji Hamsa Isnurdini, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.47-minit pagi. Sejurus itu, empat buah jentera dengan kekuatan 28-anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dan Balai Bomba Lintas digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba enam minit kemudiannya.
Api berjaya dikawal sepenuhnya 40-minit kemudian iaitu kira-kira pukul 11.33-minit pagi.
Haji Hamsa berkata demikian ketika ditemui Pemberita RTM di Kampung Rampayan, Menggatal.
Sebanyak 7 buah rumah dan sebuah salun kecantikan hangus dalam kejadian tersebut. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Farizie/Cov/Any
Sumber :http://besrtmkk.wordpress.com


























































































