
TAKLIMAT PERUBAHAN GAJI
Di sampaikan oleh Pn Suzana Abd Hamid
Ceramah 1
“Pekerja Berkarisma”
Disampaikan oleh : Ustaz Mohd syahir Bin Ismail
Ceramah 2
“Menangani Stress dan Konflik
Disampaikan oleh Dr Aliakbar Bin Gulasan
Sisi bersoal jawap

TAKLIMAT PERUBAHAN GAJI
Di sampaikan oleh Pn Suzana Abd Hamid
Ceramah 1
“Pekerja Berkarisma”
Disampaikan oleh : Ustaz Mohd syahir Bin Ismail
Ceramah 2
“Menangani Stress dan Konflik
Disampaikan oleh Dr Aliakbar Bin Gulasan
Sisi bersoal jawap
Tarikh : 22 April 2014 (Selasa)
Masa : 10.00 – 10.10 pagi
Tempat : Kelas Masing -masing
Anjuran :Perpustakaan Negeri Sabah
Program ini dilaksanakan serentak di seluruh negera dan ia merupakan satu program sempena Hari Buku Sedunia. ………..Jom kita baca!
INFO PROGRAM
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT ini diadakan sempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2014, dan akan diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia.
Program ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca. Pada tahun ini, kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakannya secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama, iaitu pada 22 April 2014 pada jam 10.00 hingga 10.10 pagi. Konsepnya diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana dalam program ini, semua peserta—tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan—akan sama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam masyarakat dan memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik selepas sekolah. Ia merupakan inisiatif membaca di bawah kelolaan setiap perpustakaan awam negeri masing-masing bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia.
Sumber:
http://jejakilmuwanselangor.blogspot.com
Sumber : WhatApp SKRM

Sumber : Pn Martina
Pada hari sabtu 12hb April 2014 telah berjalan satu program gotong-royong anjuran PIBG SKRM bersama-sama warga SKRM. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membaiki pagar sekolah dan menutup parit dengan besi plat bagi pihak lelaki, manakala ibu-ibu pula ada sebahagian membersih dan menanam pokok bunga hiasan di sekitar sekolah dan sebahagian pula mengcat tempat-tempat tertentu.Warga SKRM mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang terlibat dalam menjayakan gotong royong ini
Sedikit gambar untuk dikongsikan.

GB SKRM dan PK Kokum bersama YDP PIBG dan ahli-ahlinya berbincang
Tarikh :9.4.2014 (Rabu)
Masa: 10.30 pagi
Tempat : Sk Darau Menggatal, Kota Kinabalu