Tarikh : 15 -17 /8/2014
Tempat ; Sk Mutiara, Kota Kinabalu
Pernyertaan Murid dan Guru SKRM dalam Krusus Kejurulatihan Modul 1Murid 1Sukan Peringkat PPD Kota Kinabalu.
Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang digerakkan untuk memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara – melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif.
Program tersebut berusaha untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi membimbing dan mendidik pelajar.
Sarana adalah segala sesuatu yang dijadikan alat atau cara untuk mencapai sesuatu. Sarana sekolah termasuk sistem pembelajaran, pentadbir, guru, dan semua kemudahan yang ada di sekolah.
Namun, kita masih kurang memberi perhatian terhadap sarana ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam pembelajaran dan pendidikan.
Pelajar menggunakan masa yang lebih banyak bersama-sama ibu bapa dan masyarakat.
Oleh sebab itu, ibu bapa dan masyarakat wajar memainkan peranan mereka untuk mendidik anak dengan lebih berkesan.
Ibu bapa bukan sahaja menyediakan kemudahan belajar di rumah dengan lebih selesa, malah wajar menyediakan emosi dan jiwa untuk belajar kepada anak-anak.
Ibu bapa wajar memberi kasih sayang melalui tutur kata bersemangat, tindakan, sentuhan serta bimbingan untuk membentuk disiplin belajar yang baik.
Sarana tersebut dapat melahirkan kesediaan anak-anak untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.
Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi sumbangan secara langsung terhadap pembelajaran anak- anak di sekolah.

Ucapan dan ceramah kecemerlangan di sampaikan Pro Madya Datuk Dr Kasim
Tarikh :13.08.2014 (Rabu)
Tempat : Tapak Perhimpunan SKRM
Perasmi: En. Hanafiah Diman
(Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon pantai Barat Selatan)
Ucapan dan perasmian dari En. Hanafiah Diman (Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon pantai Barat Selatan)