SAMBUTAN HARI GURU SKRM 2019

03 Mei (JUMAAT).Sk Rampayan Menggatal sekali lagi telah mengadakan sambutan hari guru 2019 di dewan mini bersama para pelajar. AKP dan Guru-guru Sk Rampayan telah berkumpul bersama di Resturant Mashawi, Sepangar meraikan sambutan hari guru. ​

Ucapan dan Perutusan KPM di bacakan oleh Guru Besar SKRM Pn Datin Masnah
Bacaan Doa disempurnakan oleh Ustaz Mohammad Yassir
Staf-staf Sk Rampayan telah berkumpul di Resturant Mashawi, Sepangar untuk Jamuan khas Hari Guru 2019

PROGRAM ANTI DADAH (IMAN) SKRM 2019

30 April 2019 (SELASA), Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahayanya dadah kepada warga sekolah serta menanamkan kebencian terhadap dadah dengan bertemakan “PELAJAR BENCI DADAH”. Pelbagai aktiviti telah di laksanakan termasuklah tayangan video, ceramah, demontrasi dan pameran. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PEMADAM Bandaraya, Kota Kinabalu. Pihak sekolah juga merakamkan ribuan terima kasih kepada  agensi yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Demontrasi oleh Jabatan Penjara Negeri Sabah

KEJOHANAN OLAHRAGA JUBLI PERAK SK RAMPAYAN MENGGATAL 2019

27 April 2019 (Sabtu) berlangsungnya Sukan Tahunan Jubli Perak sekolah kali ke 25 di Sekolah Sukan Malaysia, Sabah. Sukan tersebut telah dirasmikan  oleh YDP PIBG Sk Rampayan En Jeffry Metusin. Sukan tersebut telah dimenangi oleh rumah sukan Biru manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Rumah Merah dan tempat ketiga Rumah Kuning dan Rumah Hijau tempat ke-empat.

dari kanan Pn Mariati (PK Petang), En Jeffry (YDP PIBG) , Pn Sitah (PK 1) dan En Edris (PK Kokom)

Juara Perbarisan Rumah Kuning

Juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Jubli Perak SKRM 2019 iaitu Rumah Biru

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SK RAMPAYAN 2019

23 April 2019 ( SELASA) Sk Rampayan Menggatal  telah mengadakan aktiviti Merentas desa bagi murid tahap 2. Aktiviti merentas desa yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi .Larian merentas desa ini diadakan di sekitar kg Rampayan.

En Idris PK Kokom bersemangat melepaskan pelajar untuk memulakan larian merentas desa bagi tahun 2019 ini. Acara ini di akhiri dengan aktiviti penyampaian medal kepada para pemenang.

Program Bazaria 2019 Sk Rampayan Menggatal.Kota Kinabalu.

13 April 2019 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Sk Rampayan KK dengan kerjasama PIBG Sk Rampayan dan KRT Rampayan Laut telah menganjurkan Program Bazaria 2019 . Pelbagai aktiviti telah dijalankan  seperti gerai jualan ,Sukaneka,  Senamrobik,Karaoke dan Pelbagai lagi aktiviti menarik. Program ini bertujuan untuk mendapatkan dana bagi Sukan Sekolah yang akan diadakan 27 April nanti.