Pembersihan Lumpur Selepas Banjir Di Sk Rampayan Menggatal.

Pegawai Khas Yb Azhar En.Rosli CDO UPPM DUN Karambunai , En Nawawi , YDP PIBG En Jeffrym En Kapli dan Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat,Jalan Lintas.Likas

10 Jun 2019 ( Isnin). Hasil Kerjasama pelbagai pihak kawasan sekolah yang telah dilanda banjir telah dibersihkan dengan jayanya.

Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Khas Yb Azhar En.Rosli CDO UPPM DUN Karambunai , En Nawawi , YDP PIBG En Jeffrym En Kapli dan Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam misi pembersihan/penyahan lumpur Sk Rampayan Menggatal.

SAMBUTAN HARI GURU SKRM 2019

03 Mei (JUMAAT).Sk Rampayan Menggatal sekali lagi telah mengadakan sambutan hari guru 2019 di dewan mini bersama para pelajar. AKP dan Guru-guru Sk Rampayan telah berkumpul bersama di Resturant Mashawi, Sepangar meraikan sambutan hari guru. ​

Ucapan dan Perutusan KPM di bacakan oleh Guru Besar SKRM Pn Datin Masnah
Bacaan Doa disempurnakan oleh Ustaz Mohammad Yassir
Staf-staf Sk Rampayan telah berkumpul di Resturant Mashawi, Sepangar untuk Jamuan khas Hari Guru 2019

PROGRAM ANTI DADAH (IMAN) SKRM 2019

30 April 2019 (SELASA), Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahayanya dadah kepada warga sekolah serta menanamkan kebencian terhadap dadah dengan bertemakan “PELAJAR BENCI DADAH”. Pelbagai aktiviti telah di laksanakan termasuklah tayangan video, ceramah, demontrasi dan pameran. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PEMADAM Bandaraya, Kota Kinabalu. Pihak sekolah juga merakamkan ribuan terima kasih kepada  agensi yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Demontrasi oleh Jabatan Penjara Negeri Sabah

KEJOHANAN OLAHRAGA JUBLI PERAK SK RAMPAYAN MENGGATAL 2019

27 April 2019 (Sabtu) berlangsungnya Sukan Tahunan Jubli Perak sekolah kali ke 25 di Sekolah Sukan Malaysia, Sabah. Sukan tersebut telah dirasmikan  oleh YDP PIBG Sk Rampayan En Jeffry Metusin. Sukan tersebut telah dimenangi oleh rumah sukan Biru manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Rumah Merah dan tempat ketiga Rumah Kuning dan Rumah Hijau tempat ke-empat.

dari kanan Pn Mariati (PK Petang), En Jeffry (YDP PIBG) , Pn Sitah (PK 1) dan En Edris (PK Kokom)

Juara Perbarisan Rumah Kuning

Juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Jubli Perak SKRM 2019 iaitu Rumah Biru