SEJARAH SEKOLAH

Sejarah dan latar belakang Sekolah

Berada lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kota kinabalu. Sk Rampayan yang dahulunya berdiri megah sebagai pusat P & P yang unggul di desa kecil dikelilingi hutan paya bakau, sawah padi dan bukit bukau. Pada zaman 60an Sk Rampayan hanya boleh dihubungi melalui jambatan gantung (bertali) sebagai jalan utama merentasi sungai kg Rampayan. Jambatan tersebut digantikan kemudiannya digantikan dengan konkrit yang siap pembinaan dan penggunaan pada zaman 70an. Kini pada era 2000 Sk Rampayan terasa begitu kerdil dikelilingi pusat-pusat pendidikan lain, kawasan perindustarian dan perumahan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Sk rampayan berada berhampiran dengan istitut Pengajian Tinggi seperti Universiti Malaysia sabah, SMK Bandaraya, SMK Tsung Shing, Appartment Angkasa, kilang, kedai dan bengkel. Sk Rampayan dihimpit dan tersepit ditengah-tengah pembangunan pesat Pekan Mengatal.

Bermula dari murid-murid tidak sampai 50 orang tahun 60an, dimana bangunan awal Sk Rampayan adalah di tapak masjid Kg Rampayan sekarang.Pada tahun 70an murid-murid Sk Rampayan juga pernah menjalani P & P menumpang di balai raya Kg Rampayan (Tapak tadika KEMAS sekarang), sementara menunggu pembinaan bangunan sekolah dikedudukan yang ada kini, dari 2 blok bangunan bertambah ke 5 blok bangunan.

Banyak usaha-usaha dirancang dan dijalankan untuk membangunkan dan menceriakan Sk Rampayan oleh Guru Besar yang merajui Sk Rampayan dari dulu hingga sekarang. Dari segi kecerian sekitar tahun 90an hingga 2000. Sk Rampayan bolehlah dikatakan sebagai sebuah sekolah yang cantik dengan adanya teman-teman kecil, kolam ikan dan pondok rekriasi yang ceria. Suasana sedemikian tidak tidak dapat dikekalkan kerana memenuhi keperluan-keperluan semasa yang lebih mendesak agar taman-taman kecil tersebut terpaksa dirobohkan untuk menjadikan untuk dijadikan sebagai tapak kereta dan aktiviti P & P. Tambahan lagi banjir besar yang melanda menggatal pada tahun 2005 menyebabkan banyak peralatan dan pekakas yang musnah, komputer dan lain-lain. Sk Rampayan yang terus menerus menjadi tumpuan utama ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menerima  P&P bermula dari PRAsekolah hingga ke tahun 6.

Murid-murid yang bersekolah disini bukan hanya anak-anak dari Kg Rampayan sahaja malah dari kampung lain seperti kampung Delima, Kg suang Parai dan dari kawasan perumahan lain di sekitar Sk Rampayan. Oleh kerana keluasan sekolah tidak sampai 2 ekar begitu menyulitkan menyulitkan aktiviti P&P terutama sekali dengan pertambahan murid dari tahun ke tahun.

Dengan jumlah murid mencecah 566 orang dan guru-guru seramai 36 orang. Sk Rampayan tetap bergerak seiring dengan sekolah lain menyahut seruan kerajaan khasnya jabatan pelajaran untuk mewujudkan sebuah P&P sekolah rendah walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan dengan ketiadaan infrastruktur seperti padang sekolah, bangunan konkrit, bangunan makmal komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup, pusat sumber. stor dan sebagainya. Namun demikian bukanlah penghalang kepada Sk rampayan melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi kurikulum dan ko-kurikulum dan berguna kepada bangsa dan negara. Tidak dinafikan ramai murid-murid Sk rampayan yang telah menempah nama mengharumkan sekolah dengan mewakili sekolah ke pertandingan diperingkat zon, dearah, bahagian malah negeri dalam pelbagai aktiviti seperti sukan, kebudayaan dan akedemik.

Hasil daripada tunas yang disemai diperingkat sekolah rendah inilah ramai murid-murid di Kg rampayan dapat menjadi murid berjaya, mempunyai karier, menceburi bidang pekerjaan di jabatan kerajaan dan swasta malah ada di antaranya memegang jawatan tinggi, merentasi stataus ekonomi masyakarat kampung yang sebahagian besar terdiri dari nelayan dan buruh kasar.