Majlis Perpisahan Guru Besar SKRM Puan Norhizah Kamai

Tarikh : 8.02.2014
Masa : 12.00 pm – 4.00 pm
Tempat : Hotel Tang Dynasty Bay, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah

Majlis telah diadakan pada 12.30 Tengah hari di mulakan dengan ucapan wakil PIBG,wakil daripada guru-guru dan kakitangan sekolah iaitu En Edris (PK Kokum),dan ucapan yang di tunggu-tunggu daripada mantan Guru Besar.


Mantan Guru Besar SKRM iaitu Pn Norhizah Kamai akan memulakan tugas baru di SK Nongkolud, Tuaran. Segala jasa dan tunjuk ajar cikgu akan kami kenang dan jadikan panduan dalam meneruskan lagi kecemerlangan Sk Rampayan Menggatal. Terima kasih kami ucapkan dan semoga cikgu dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah baru nanti. ” JASAMU TETAP DI KENANG: Dari warga SKRM.

 Guru Besar Bersama Suami tercinta
  
 Pengacara majlis Pn Mariati
 Bacaan Doa dilaksanakan oleh Ustaz Mohammad Yassir
 Ucapan Timbalan PIBG SKRM
Ucapan Wakil Guru-guru En Edris (PK Kokum)
Pn Norhizah Kamai 
  
 
  
  
 Pemberian Cenderahati daripada pihak PIBG SKRM
 Pemberian Cenderahati daripada  KTBM SKRM di sampaikan oleh Pn Rosliah
 Pemberian Cenderahati daripada kelab STAF SKRM di sampaikan oleh En Edris (Pengerusi Kelab Staf)
  
 Pemberian Cenderahati daripadaGuru guru Sidang Petang SKRM di sampaikan oleh Pn Rosmah
 Pemberian Cenderahati daripada guru-guru sidang pagi di sampaikan oleh Pn Sitah (PK 1)SKRM

 Cenderahati kepada Ustazah Siti Hajar di sampaikan oleh mantan Guru Besar SKRM


Persembahan istimewa untuk majlis ini

Hari terakhir Puan Norhizah kamai (Mantan G.Besar SKRM) di SK Rampayan Menggatal

Tarikh : 7.2.2014
Tempat : Tapak Perhimpunan SKRM
Suasana yang begitu ringkas tetapi membuat hati sayu sekali atas perpindahan bertugas Guru Besar SKRM ke Sk Nongkolud, Tuaran

 Puan Norhizah Kamai

Suasana kepiluan yang dapat dirakamkan …..

 Sesi bersalaman bersama guru besar…..

 Pelukkan kemesaraan yang telah terjalin…..

Seluruh warga SKRM  merasa kehilangannya. Budi dan jasamu akan senantiasa dikenang.

Pertandingan Word Mania anjuran VLE Frog 2014

Pendaftaran   : 2 Januari – 12 Januari
Round 1: 13 Januari – 26 Januari
Round 2: 27 Januari – 9 Februari
Round 3: 10 Februari – 23 Februari

Selamat mencuba.
Tarikh : 28.1.2014
 Mengasah minda…

 Murid-murid begitu tekun dan bersungguh-sungguh.
Tidak ketinggalan juga Guru Besar SKRM melihat kesungguhan murid-murid mendapatkan markah tertinggi

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sk Rampayan Menggatal 1435H/2014M

Tarikh : 24.01.2013 (Jumaat)
Masa : 7.30 am – 11.30 am
Peserta : Murid tahun pelajar Islam 3 hingga tahun 6
Tema : WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
Berkumpul di tapak perhimpunan sebelum berarak

Perarakkan sambutan Maulidur Rasul SAW di ketuai oleh Ustaz Mohammad Yassir dan dibantu oleh cikgu Gani

 Ceramah bertajuk ” Sayangi Rasulullah SAW”

 Penceramah Jamputan dari IPG Gaya, Kota Kinabalu

 Kuiz bersama pelajar

 Pemberian Cenderahati kepada penceramah
Nanyian Nasid daripada pelajar-pelajar
 Tahun 3
 Tahun 4
 Tahun 5
 Tahun 6
Majlis Penutupan Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Sk Rampayan Menggatal(SKRM) dilafazkan oleh Guru Besar SKRM , Puan Norhizah Kamai

13 Buah Sekolah Ditutup …….

Sekitar kawasan sekolah banjir sekitar jam 9 pagi

Keretan akhbar Harian Ekspres
16 Januari (Khamis)

KOTA KINABALU: Pengarah pendidikan Negeri Datuk Jame Alip berkata 13 buah sekolah ditutup akibat keadaan cuaca buruk pada Rabu.

Sekolah terbabit adalah SK Menunggui, SK Tampasukm I, SK Lasau Titapon, SJKC Chung Hwa Tenghilan, SK Kauluan, SJKC Sin Boon, SK Kelangsat, SK Lubuk Darat, SK Kawang,SK St Catherine, SK Rampayan  SK Gudon, SK Kebayau dan SK Tombongan

Banjir lagilah…….2014

Tarikh : 8.1.2014
Tempat : Sk Rampayan Menggatal
Sekali lagi awal tahun ini (2014), Sk Rampayan Menggatal di landa banjir lagi, Seperti yang diketahui hujan yang lebat tanpa henti dari jam 1 petang tadi  dan pertembungan air laut pasang di sungai yang berdekatan dengan sekolah  telah menyebabkan keadaan ini berlaku.
 

 air mula melimpah dari sungai yang berdekatan sebelah rumah(Biru) tersebut…

 sebilangan ibu bapa mengambil anak lebih awal sebelum air naik lagi…..