Hari Pertama Persekolahan Murid Tahun 1 dan Prasekolah 2014

Tarikh : 2.1.2014
Murid Tahun 1
Murid-murid tahun satu dikumpulkan diruang kantin sebelum masuk kelas….

 Murid-murid tahun 1 dibahagikan kepada 2 kelas iaitu 1 Gemilang dan 1 Cemerlang

 Guru kelas tahun 1 memberikan tanda nama setiap murid

 Murid – murid mendengar taklimat daripada PK HEM iaitu Puan Dayang Alifah

 Disambung oleh Penyelia Petang (Puan Rosmah) untuk memberikan taklimat ….

Prasekolah SKRM

Majlis Perpisahan Ustaz Abd Rahim

Tarikh : 31.12.2013
Masa : 11.00 pagi

Ada yang awal, adalah yang akhir. Ada yang datang dan ada pula yang pergi. Begitulah fitrah dan lumrah kehidupan manusia.
Setelah hampir 9 tahun berbakti dan mendidik anak-anak di Sk Rampayan akhirnya beliau dapat berukar pindah sekolah yang berdekatan dengan negarinya iaitu Kelantan. Beliau akan mengajar di sekolah baru iaitu di Kemaman Terengganu.
Kehilangan beliau amat terasa dia adalah kakitangan yang bertanggungjawab dan berdedikasi, namun apakan daya demi tugas dan tanggungjawab, berpisah juga kita akhirnya.
Kami Warga Staf Sk Rampayan Menggatal memohon maaf jika ada terkasar bahasa semasa berada disni…. JASAMU DIKENANG

 Ucapan ringkas daripada PK Kokum iaitu En Edris

 Ucapan perpisahan daripada Ustaz Abd Rahim

Debaran Tahun 6 Menunggu Keputusan UPSR 2013

Tarikh : 14.11.2013

Hari ini keputusan peperiksaan UPSR telah pun keluar,  berbagai -bagai wajah emosi murid dapat dilihat dalam menunggu  keputusan peperiksaan masing-masing yang datang ke sekolah hari ini.

Bagi yang tidak berkesampatan datang ke sekolah untuk menyemak keputusan peperiksaan. Ibubapa yang ingin menyemak keputusan peperiksaan UPSR 2013 anak anda, anda boleh menyemak melalui SAPS atau SMS

Cara Pertama….

Untuk membuat semakan secara online, murid atau ibubapa boleh menyemak keputusan UPSR melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS):

Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih Sekolah Rendah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

Cara kedua

Semakan UPSR 2013 melaui Sistem Pesanan Ringkas (SMS):
Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Jom tengok wajah-wajah anak-anak kita……

Hari Menandatangani rekod pencapaian dan pendaftaran sesi 2014

Tarikh : 13.11.2013 (Rabu)
Masa : 8.00 am -11.00 am
Tempat : Kelas Masing-masing
 Tahun 1 Gemilang (Pn Dayang Aisyah), Pendaftaran Pn Majidah
 Tahun 1 Cemerlang (Pn Zariza), Pendaftaran En Md Gani
 Tahun 5 Gemilang ( En Abd Rahim)
 Tahun 5 dan 3 Cemerlang
 Tahun 5 Cemerlang (Pn Syuhada)
 Tahun 2 Cemerlang ( Pn Grace), Pendaftaran En Muhamad Yasir
 4 Cemerlang (En Hadi),Pendaftaran Pn Diana
 Tahun 4 Gemilang (Pn Zainab), Pendaftaran Pn Khamariah
Tahun 2 Gemilang (Pn Mary)